~A place called HEART~

-when REALITY meets FANTASY-

Showing posts with label -heart-. Show all posts
Showing posts with label -heart-. Show all posts

-look ahead babe-


oh,dah bersawang rupanya blok ni (sambil tepis2 habuk)

sejak akhir-akhir ni,makin giat pulak cari kerja..(sebenarnya sejak akhir bulan 3 lagi..hikhik)

so,antara sebab mengapa aku nak kerja awal?

1) nak berdikari.tak mau susahkan mak ayah lagi

2) nak tolong mak ayah ringankan beban hantar adik masuk universiti bulan 9 ni (degree level is expensive)

3) nak beli kereta supaya senang aku mau pulang ke kampung halaman bila-bila masa sahaja keluarga perlukan aku

4) aku perlukan experience untuk start planning ambil master pula (termasuk berkira-kira mahu buat loan,taja diri sendiri atau ambil biasiswa)

5) mahu ada haiwan peliharaan sendiri (agak mustahil jika aku sewa pangsapuri baiduri)

6) sangat takut untuk bergelar 'penganggur' yang berjaya

7) mahu buktikan pada certain classmate bahawa aku fucked-up waktu OPKIM,namun aku tak akan ter-fuck-up selamanya

8) mahu simpan duit,mahu bertunang tahun hadapan (calon cari kemudian)

9) mahu buktikan pada beberapa 'staff' di kolej anggerik bahawa aku yang kau tolak tepi ini mampu dapat lebih dari student kesayangan mu, atau mungkin lebih dari kau sendiri

10) mahu drive secara bongkaknya di depan jiran ku di rumah yang sangat bangang telah bermulut puaka mengatakan aku menyundal di hadapan rumah (yang mana makcik itu telah salah orang antara aku dan anak jiran.bullshit punya makcik.mungkin aku patut langgar sahaja kamu)

jadi kepada mana-mana company di luar sana yang mau hire aku, sila minta sahaja resume aku..nanti aku bagi. aku pekerja berdedikasi tau =)

oh.

ya,aku tgh lemah sekarang..
hampir mengalah..

aku tak bersyukur?

ya,mungkin juga..

-maaf ye-

ok maaf..aku mengaku aku marah dengan beberapa orang dari kalian..aku tak setuju dengan kalian..mungkin tak patut aku rasa begini kan?uish..teruknya aku..ok lah,kamu je lah yang betul..yang baik,yang bersopan santun,yang berdedikasi,bakal pemimpin masa hadapan..kan?
jalan terbaik?jauhkan diri,dan duduk diam-diam..
well,kita dah ada hidup sendiri kan?malas nak panjang cerita..kalau sesama adik beradik kandung pun boleh bertengkar,inikan pula adik beradik 'ciptaan'..

ok dudes..wish you all the best..bukan membenci,cuma tak selesa..maaf sekali lagi.. =)

Apabila 3 perkara di uji kepadaku sekaligus:

1 ) Program OPKIM : 2 tahun aku di train utk menjalankan program. Sampai masa nya,aku diberi amanah/tugas/ujian utk melaksanakan program OPKIM ke Kampung Hilir,Kedah..first time aku bekerja utk department..susah sangat ke buat program OPKIM ni? hei ho norhidayu,anda penah handle OPKIM berbajet RM 53 000 ++ ok?JADI APA MASALAHNYA?

2) Praktikal ke Indonesia : Semenjak part 3, mmg cita-cita aku nak praktikal di Australia. sampai dah masa aku nak memohon, dugaan datang 'maaf,tahun ni constraint nya terlampau banyak..jika nak juga,student perlu memohon sendiri..'..So,setakat ni,ape je kerja aku?menunggu reply dari Indonesia dlm bentuk bertulis sebab secara verbalnya,mereka dah setuju..JADI APA MASALAHNYA?

3) Thesis : apabila ayat ini yang keluar dari mulut supervisor;

'ayu,i know you are very ambitious. with the indo and opkim program,i can see that you work quite hard for it. but somehow,what you give for your thesis is not as what as i expected. I do evaluate you since you in part 3. I privately hand-picked you to be my student. I give you the title for your research because i do believe, you can do this. I looked at your CGPA. I believe in you.

My initial expectation is very2 high. But see what have you done with your thesis? Its rubbish ok?you are still not clear with what you are doing. What you show is not as the same as what your result shows me. I think you are just good in groups, being a leader and everything, but not individually..You just know the theory..ok fine, you really want to go to Indonesia..but please do remember..jgn sampai apa yg awak kendong berciciran,yg awak kejar terus tak dapat..please,thesis is your future..6 credit hour,ok?

You know what I think about you right now?the worst.I lose hope in you..If this continue, its better for you if you just repeat it for the next semester..yeah,maybe other lecturer said your thesis is ok,but the evaluator is me,i'm your supervisor.not them.Oh,by the way,puan Rabi had called me, asking about your thesis..you know what I said?-DON'T PUT YOUR HOPE TOO MUCH IN HER...'

JADI NAMPAK TAK APA MASALAHNYA?

Opkim itu ialah markah 1 batch,masa depan kami semua..10 markah bulat2 utk program tu semata-mata..lagipun,aku memikul amanah puan mas aiyu-tolong kembalikan maruah serta kepercayaan fakulti kembali kepada PAMS..tolong jayakan program ni sebaik mungkin..

Praktikal ke Indonesia ialah sebagai foundation yg paling kuat untuk PAMS melangkah setapak ke depan, mencipta nama di fakulti ANDAI mampu utk dijalankan tahun ini..paling tidak, 1-2 tahun,nama PAMS akan still utuh sebab dah berjaya bersaing dengan 8 department yg lain, bersama-sama program architecture kesayangan UiTM merentas lautan..termasuk,nama dekan pun akan harum mekar mewangi sebab berjaya hantar student under FSPU utk ke luar negara..secara automatiknya juga, junior2 akan menerima tempiasnya bila mereka yg akan kutip hasil atas collaboration ni.

Aku teringat ayat ni : Allah menguji manusia dengan 3 perkara utama; harta-pangkat-perempuan..

MUNGKIN selama ni aku berasa agak selesa di tahap kedudukan aku sekarang..ya,mungkin.aku tak menafikan..hell-ho,bayangkan aku berhempas pulas selama 2 tahun,terpinggir tak ramai kawan sebab aku jarang hang out dengan classmate, roomate aku pulak ada sorang tu je, nak keluar sama2 of course lah tidak..baik dia keluar dengan boyfriend dia..

tapi walau apa pun dugaan,aku masih tetap bertahan..MUNGKIN,bila dah lepas tahap bahaya,aku rasa selesa,aku mula alpa dengan konsep 'merendah diri', aku lalai dan dengan lantangnya mudah untuk mencela orang lain yang tak sealiran pemikiran dengan aku (cth terbaik; Dr. Rozmey). Aku dah mula seronok memainkan hati orang lain, dengan riaknya konon aku lebih banyak kelebihan dari kalian, sungguh kalian tidak layak utk aku.. And aku dah mula leka dengan masa duniawi sampai aku sanggup untuk memendekkan doa sehari-hari aku..and termasuk bila aku dah terlampau pathetic sampai aku memilih blog untuk membuka pekung di dada, mencoretkan kelemahan diri walaupun Allah 24 jam membuka peluang utk aku merintih masalah,bukan dengan manusia?

Ok,aku rasa macam badut je sekarang ni..badut yang mudah sangat nak tenggelam dalam nikmat, tanpa sedar sebenarnya semuanya pinjaman semata..

Jadi,apa jalan penyelesaiannya? Entah..aku bertawakal..sungguh,aku terlampau lemah sekarang..(lagi pathetic kalau ini jawapan aku kan?)

*Ya Allah, aku dedikasikan segala usahaku, masaku, keringatku, air mataku, hartaku segalanya untuk-Mu, ke jalan-Mu..andai ini lah antara pengorbanan terakhirku di sini, tolong permudahkan urusan kami..Amin Ya Rabbala'lamin....*


dear...


dear heart;

fall in LOVE only when you are ready, not when you are LONELY

loser


kenapa ramai yang nak kat aku tu ialah LOSER?

sebab tu lah sampai hari ni aku masih single.*pathetic*

love like WOE

HE is a playboy.somehow before he had fallen deeply for a girl who choose to leave him heartbroken

SHE is also a playgirl who previously have love a guy with all of her heart which later on change his mind

and HE's and SHE's path crossed.they meet each other.rare but true,both are still a player, and yet they are still together.

a story with no ending...





Bumi Indonesia yang mana terdiri daripada 17 508 pulau serta dengan kepadatan penduduk seramai 250 00 orang telah dijejaki oleh 18 orang delegasi diiringi 3 pegawai pada 8 disember lalu. Sebuah program anjuran Kementerian Pengajian Tinggi dengan kolaborasi Universiti Putra Malaysia (UPM) telah memilih tarikh 6 Disember sebagai permulaan kepada program. Persediaan telah dilakukan sebaik mungkin sebermula para delegasi sampai di UPM. Dengan berlatar belakang dari pelbagai kepakaran serta universiti, para delegasi telah ditugaskan untuk merancang pengisian program berdasarkan kepada tentatif yang telah disediakan. Program ini selain daripada menyokong teras ketujuh PSPTN iaitu mengukuhkan sistem penyampaian Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan juga Agenda Kritikal No.16: Pembangunan Sahsiah Pelajar secara Holistik, ia juga sebagai salah satu usaha bagi memberikan pendedahan kepada pemimpin di IPT untuk mendapat pengalaman dan pembelajaran di luar negara.


Jam 12.00 tengah hari, 8 Disember, rombongan sampai di lapangan terbang Sokarno Hatta, Jakarta. Mengambil nama sempena Presiden pertama Indonesia, lapangan terbang nya tidak secanggih atau semewah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, namun apa yang menarik perhatian saya ialah, mengenai landskapnya yang telah diwujudkan berhampiran dengan kawasan kapal terbang mendarat. Bagi saya, itu ialah sesuatu yang unik memandangkan untuk memastikan tumbuhan di landskap terus hidup subur adalah sesuatu yang amat sukar memandangkan keadaan sekelilingnya yang penuh berdebu dan tercemar dengan asap kapal terbang. Kawasan sekitarnya juga ialah bersebelahan dengan kawasan perumahan dan ini memerlukan penduduknya mengadaptasikan diri dengan suasana bising serta sesak setiap hari.


Rombongan terus dibawa ke restoran yang berusia hampir 400 tahun di Jakarta. Mengharungi kesesakan lalu lintas bandaraya Jakarta yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 15 juta orang merupakan sesuatu yang amat memenatkan. Apa yang dapat dipelajari ialah, bagaimana mereka boleh memastikan bangunan berusia ratusan tahun terus utuh berdiri di kawasan yang sesak. Ini boleh dibandingkan dengan bandar Georgetown Pulau Pinang yang juga masih memastikan bangunan warisan masih kekal di keseluruhan bandar mereka. Selain untuk mengekalkan sejarah yang satu masa dulu mencorakkan bandar, ia juga sebagai salah satu cara untuk menarik pelancong datang.


Pada awalnya, Indonesia cuma membenarkan rakyatnya yang berbangsa Jawa sahaja menjadi Presiden. Namun semenjak pemerintahan Gus Dur, serta takhta kerajaan berjaya juga ditakluki oleh wanita, iaitu Megawati, Indonesia terus pesat membangun. Ini boleh dilihat daripada usaha rakyat mereka yang memanfaatkan tanah terbiar di tepi laut untuk digunakan bercucuk tanam. Sebagai sumber ekonomi juga, banyak kelong serta tukun di laut dapat dilihat digunakan sebagai tempat pembiakan ikan.


Bagi pengisian slot Kembara Ilmu ke Institut Pertanian Bogor (IPB), para delegasi telah didedahkan dengan banyak penghasilan tanaman baru serta beberapa inovasi telah diwujudkan bagi pelbagai tanaman. Antara kejayaan mereka ialah tentang padi mereka yang mencecah 26 spesis serta 18 spesis kacang soya. Memanfaatkan sepenuhnya kepakaran mereka dari segi research and development (RnD), diharapkan agar kelebihan yang terdapat di gedung ilmu IPB ini dapat di adakan kerjasama antara universiti di Malaysia untuk memaksimumkan lagi kejayaan dari segi pertanian di anatara dua buah negara ini. Dapat juga dilihat, kebanyakan dari mahasiswa IPB yang menyambut ketibaan delegasi Malaysia berasal dari Sabah serta Sarawak, adalah satu kelebihan bagi mereka serta negara andai mereka pulang berbakti di negeri mereka apabila tamat pengajian kelak.


Beberapa perkongsian maklumat mengenai Kemahiran Insaniah bagi kedua-dua buah negara juga telah dibincangkan. Bagi Universiti Teknologi Mara (UiTM), antara inisiatif yang diambil ialah dengan mengeluarkan transkrip bagi mahasiswa sesudah tamat pengajian, bergantung kepada kecemerlangan kokurikulum mahasiswa tersebut. Terdapat juga beberapa universiti di malaysia yang mengaplikasikan aktiviti kokurikulum berkredit bagi akademik dengan 4-6 jam kredit. Bagi IPB, mahasiswa mereka boleh mendapatkan transkrip kokurikulum dengan mengajukannya kepada pihak akademik IPB. Kebanyakan mahasiswa IPB juga terlibat aktif dengan kesenian serta kebudayaan.


Usai sesi Kembara Ilmu, dalam perjalanan pulang ke Jakarta, dapat dilihat kedaan rumah di sepanjang jalannya adalah rapat-rapat serta mempunyai ruang yang amat sedikit serta membataskan pergerakan. Juga dapat dilihat beberapa penempatan setinggan di bawah jambatan Jakarta walaupun telah terpampang jelas tanda amaran kerajaan yang melarang sebarang penempatan diwujudkan di situ. Ini membolehkan mereka yang tinggal di situ terdedah kepada penyakit akibat asap kenderaan di kiri dan kanan mereka serta keadaan sekitar yang tidak bersih untuk dihuni.


Pada hari kedua telah diadakan sesi Kembara Ilmu ke Universitas Padjadjaran. Daripada sesi ini, beberapa perancangan akan dilakukan bagi persiapan slot berikutnya iaitu slot Mahasiswa Prihatin; satu pengisian yang bertemakan bakti siswa bagi penduduk kampung Jati Nangor serta Panti Asuhan (pusat jagaan anak-anak yatim) Rabiatul Jannah, Bandung. Restoran Ampera telah dipilih sebagai tempat pertemuan, perbincangan diadakan dalam suasana santai antara delegasi serta wakil pemimpin mahasiswa Malaysia di Indonesia.


Slot aktiviti Mahasiswa Prihatin bermula pada jam 2.30 petang dengan pemeriksaan kesihatan oleh beberapa mahasiswa Malaysia jurusan kedokteran Universitas Padjadjaran. Delegasi bertindak selaku pembantu dengan sebilangan dari mereka mengagihkan barangan makanan atau lebih dikenali sebagai ‘sembako’ yang bermaksud 9 bahan pokok atau asas iaitu beras, minyak, gula, tepung, sayur, kacang, daging, telur dan garam. Disebabkan oleh kos rawatan serta biaya hospital yang amat tinggi, kebanyakan penduduk kampung mengalami kesukaran untuk mendapatkan rawatan kesihatan disebabkan masalah kewangan serta faktor jarak kediaman yang terlalu jauh dari pusat rawatan kesihatan berhampiran. Terdapat penduduk kampung yang cuma bergantung kepada herba serta rawatan kampung untuk mengubati penyakit seperti darah tinggi serta kencing manis. Dibandingkan dengan Malaysia yang jauh lebih baik taraf perkhidmatan kesihatannya ditambah pula dengan inisiatif kerajaan mewujudkan klinik 1 Malaysia yang mampu dibayar kosnya oleh kebanyakan penduduk Malaysia.


Dapat juga dilihat beberapa penduduk kampung yang mempunyai masalah untuk berinteraksi dengan delegasi. Ini disebabkan oleh terdapat beberapa penduduk kampung yang cuma memahami bahasa Sunda (salah satu dialek di Indonesia) dan tidak tahu berbahasa Indonesia. Memandangkan panti asuhan Rabiatul Janah terletak di kawasan pedalaman, mereka menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bantuan dari segi kewangan. Berbekalkan peruntukan purata sebanyak 3000 Rp. (anggaran RM 1.00) sehari, pihak pengurusan panti asuhan tabah meneruskan usaha murni untuk menjaga kebajikan 30 anak kecil di pusat itu yang berumur lingkungan 4-13 tahun.


Peluang yang diberikan negara Malaysia kepada mahasiswa untuk menimba ilmu di perantauan digunakan sebaiknya oleh mahasiswa Malaysia di Indonesia. Walaupun sering dikenali dengan gelaran ‘ulat buku’, selain cemerlang dalam pelajaran, mereka juga aktif dalam kokurikulum. Bidang kepimpinan merupakan pilihan kebanyakan mahasiswa di sini antaranya mereka menyertai Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) serta Kelab UMNO Bandung (KUBI). Antara program terbaru yang telah mereka anjurkan ialah ‘Bandung games’ yang telah berjaya mengumpulkan mahasiswa Malaysia di setiap pelusuk Indonesia. Selain dapat mengeratkan silaturrahim antara mahasiswa, program itu juga diharapkan dapat menjadi sebagai salah satu medium bagi kebanyakan mahasiwa untuk melepaskan seketika tekanan mereka dengan mengasah bakat di gelanggang. Kuota 30% bagi mahaiswa Indonesia untuk menyertai Bandung games juga dilihat sebagai salah satu langkah bijak apabila selain dapat mewujudkan silaturrahim yang erat antara kontinjen, ini juga merupakan salah satu usaha jangka panjang dalam memastikan hubungan antara dua negara akan tetap terjalin apabila kebanyakan dari mereka telah bergelar pemimpin bagi negara masing-masing kelak.


Delegasi Malaysia juga tidak kurang hebatnya dalam berpidato. Ini dapat dilihat pada malam diskusi bersama PKPMI serta KUBI di mana antara delegasi serta wakil mahsiswa di Indonesia membincangkan mengenai isu kepayahan serta getir hidup serta menimba ilmu di rantau orang. Antara masalah yang sering dihadapi oleh mahasiswa Malaysia di Indonesia ialah mengenai isu keselamatan terutama di kediaman mereka serta masalah untuk mendapatkan tajaan bagi menjalankan sesuatu program.


Seterusnya program dilanjutkan kepada slot penyampaian sijil penghargaan delegasi di rumah pengarah kedutaan Malaysia di Indonesia sempena Majlis Ramah Mesra bersama Datuk Paduka Dr. Junaidy Abu Bakar. Diadakan dalam suasana santai, delegasi berkesempatan untuk berkenalan dengan Datuk Paduka serta keluarga dengan lebih rapat dan mesra. Persembahkan montaj program kepada Datuk Paduka telah memberikan pandangan bagi keseluruhan aktiviti yang telah dilalui. Datuk Paduka juga memberikan amanat kepada delegasi untuk terus aktif di dalam bidang yang diceburi serta melahirkan harapan untuk melihat para delegasi sebagai pewaris serta pemangkin kejayaan negara di masa hadapan.


Pada malamnya di Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia telah diadakan Program Malaysian Festival 2010 (MAFEST). Bertemakan 1 Malaysia, beberapa persembahan menarik telah disajikan untuk penonton. Antaranya tarian India, sajak, tarian zapin, nasyid serta karaoke. Beberapa gerai jualan yang di adakan di luar dewan menyediakan banyak juadah tempatan dan disediakan sendiri oleh mahasiwa Malaysia yang menetap di sana.


Apa yang menarik di indonesia ialah tentang sistem lalu lintas mereka. Kebanyakan penduduk cuma perlu memberi isyarat menghentikan kenderaan sekiranya mereka ingin melintas; di mana keadaan ini jarang sekali dapat dilihat di Malaysia. Terdapat juga pengangkutan yang dikenali sebagai ‘angkut’, van yang mampu untuk membawa penumpang dengan kapasiti seramai 10 orang bagi satu masa. Van ini juga di labelkan dengan beberapa warna, menunjukkan beberapa kawasan yang dimiliki oleh pemandu. Bagi ‘ojet’ pula, iaitu perkhidmatan menghantar penumpang menggunakan motosikal, pemandu ‘ojet’ diwajibkan untuk memakai topi keledar, sedangkan kelonggaran diberikan bagi penumpang belakang untuk tidak menggunakan topi keledar. Dapat juga dilihat beberapa ‘sukarelawan berbayar’ berada di simpang-simpang jalan sebagai pengawal lalu lintas, menggantikan polis trafik. Namun, perkhidmatan mereka ini berbayar di mana pemandu perlu untuk memberikan wang upah kepada mereka, jumlahnya bergantung kepada keadaan. Sistem keretapi Jakarta yang agak sesak pada waktu siang menyebabkan pintu-pintu keretapi tidak ditutup bagi membolehkan lebih ramai penumpang boleh menaiki kenderaan terbabit. Di sini dapat dilihat bahawasanya faktor keselamatan tidak diletakkan sebagai prioriti utama.


Dapat juga dilihat sampah sarap di sungai-sungai di Jakarta. Keadaan yang sama dapat dilihat di Sungai Klang di Malaysia. Uniknya di sana, di tepi bangunan-bangunan digunakan sebagai ruangan iklan bagi kebanyakan syarikat-syarikat gergasi di Indonesia. Tidak cukup dengan itu, kawasan bumbung juga digunakan oleh mereka untuk meletakkan iklan. Keadaan di Malaysia, iklan Cuma diletakkan di ‘billboard’ atau papan tanda iklan yang telah disediakan dan disewakan oleh pihak kerajaan.


Pada keesokan harinya, iaitu 10 Disember, program diteruskan dengan slot pengamatan ekonomi di Tangkuban Parahu, Bandung. Dikaitkan dengan lagenda percintaan si ibu dan anak, Tangkuban Parahu merupakan salah satu tempat yang menarik untuk dilawati. Indonesia dikenali dengan karya kesusateraannya yang tinggi serta lagenda cerita rakyatnya yang unik, namun kebanyakannya tidak di versikan sebagai manuskrip menyebabkan plot serta jalan cerita kebanyakannya berlainan di antara setiap penduduk. Sebagai contoh, versi lagenda Tangkuban Parahu di antara pemandu pelancong, pihak kedutaan serta penduduk kampung adalah berlainan antara satu sama lain. Namun, temanya masih sama, iaitu percintaan songsang antara keluarga.


Sebagai salah sebuah gunung berapi yang masih aktif, Tangkuban Parahu menjadi salah satu tempat untuk mencari sumber pendapatan bagi kebanyakan anak jati kelahiran gunung tersebut. Di kiri serta kanan jalan di situ dapat dilihat deretan kedai cenderamata serta penjual yang menawarkan barangan secara terus kepada pengunjung. Di sini, kemahiran tawar menawar harga serta kemahiran komunikasi amat diperlukan oleh pembeli. Keadaan yang sama juga berlaku di Jalan Riau, Jalan Chihamplas, Tanah Abang serta Mangga Dua, Jakarta. Pelbagai jenis barangan dijual, termasuk servis unik. Antaranya ialah perkhidmatan penyewaan payung sewaktu hujan serta khidmat pembelian gambar yang telah ditangkap oleh penjual. Terdapat beberapa delegasi yang menggunakan khidmat penyewaan payung terpaksa membayar dengan harga yang lebih tinggi akibat salah faham yang berlaku sewaktu penawaran harga.


Apa yang dapat dipelajari di sini ilah kegigihan kebanyakan penduduk mereka untuk mendapatkan pendapatan melalui cara mereka yang tersendiri. Beberapa kemahiran keusahawanan diperlukan untuk memastikan perniagaan mereka terus laris serta membolehkan mereka mengaut keuntungan.


Secara tidak langsung, beberapa ilmu juga dapat dipelajari daripada pemandu pelancong rombongan delegasi iaitu bapak Surjadja Tanudireja. Sememangnya, beliau tidak menafikan tentang beberapa kelemahan yang ada di negara mereka, terutama dari segi taraf hidup penduduk. Namun, sering beliau tegaskan bahawa walau apa pun yang berlaku, Indonesia masih negara yang dicintainya. Beliau yang berketurunan Cina tidak melabelkan diri beliau sebagai warga Cina, namun sebagai warga Indonesia. Dapat dilihat di sini, semangat kenegaraan mereka yang menebal dalam diri mereka, di mana kesemua warganegara Indonesia diwajibkan untuk fasih bertutur bahasa kebangsaan mereka Indonesia tidak kira walau apa pun warga asal mereka.


Memetik kata-kata Tuan Haji Ibrahim Bin Ali selaku Ketua Penolong Pengarah Kanan Hal Ehwal & Pembangunan Pelajar di Kementerian Pengajian Tinggi merangkap pegawai pengiring delegasi ke Indonesia, mahasiswa sekarang terutamanya tidak seharusnya menumpukan hanya kepada pencapaian akademik semata. Beberapa kemahiran insaniah serta teknologi seiring dengan kehendak pasaran kerjaya juga perlulah dikuasai oleh mahasiswa untuk melahirkan generasi yang terbilang serta berdaya saing.


Sebagai penutup, dapat disimpulkan bahawasanya banyak perkara yang boleh dipelajari dari program ini. Antara cadangan bagi masa akan datang, diharapkan agar program seumpama ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan dengan lebih menumpukan kepada lapisan kedua kepimpinan mahasiswa di universiti. Beberapa kemahiran Insaniah juga telah berjaya diterapkan dalam diri para delegasi, serta hasil keberkesanan pembelajaran telah direkodkan di dalam laporan rasmi delegasi.



-determination-


oh, jika nak di ikutkan hati, rasa geram memuncak, mau sahaja aku burukkan namanya, aku caci dia, aku buka pekung di dadanya, aku salahkan dia atas ketidak adilannya selama ini. Mau saja aku salahkan dia kerana telah menyebabkan aku kehilangan peluang untuk menjadi yang terbaik. Peluang sekali seumur hidup!

Tapi jika difikir logik akal, serta menimbangkan impaknya pada nama baiknya, lalu aku kunci mulut, aku buang rasa sakit hati, aku pendam semua..

Aku yakin, kau tak kan ke mana pun..Allah sentiasa ada..Amin..

-ouch-


Relationships are like glass. Sometimes it's better to leave them broken than try to hurt yourself putting it back together.

Target untuk 2011~


1) Siapkan thesis ikut jadual


2)Kerja sampingan time belajar

3) Bawa kereta ke UiTM sebelum habis semester

4) Ada kerja menanti sebelum habis belajar

5) Side business sebelum akhir tahun

6) Realisasikan program anak angkat untuk subjek Committee

7)Merasa dapat 4 flat untuk semester ni

8) Praktikal di tempat yang best

9) Cukupkan folder dengan 35 sijil

10) Kurus (50 kg sebelum habis semester)

11) Kawen (err,sebelum 2017..hehehe)



-argh!-


agak tekanan perasaan sejak akhir-akhir ni...
aduhai..

semua ni berpunca dari GYDP-JPK-PPP-OFIS KOLEJ-PROGRAM EKSPLORASI-KHALID

aku lari sebentar boleh?lari jauh-jauh.and please,tolong jgn cari

~when you're gone~


OK fine.i'm done guessing..where are you actually?i'm looking for you (almost) everywhere.3 days,i'm living with staring at your facebook and hoping that you will update your profile. And also 3 days, i keep myself close to my handphone and hope that you will call. Or at least find your way into my inbox.

Owh God..if this is what they said as LOVE, really, I think I'm feeling it right now.. :(

~heart~


Never say goodbye when you still want to try.
Never give up when you still feel you can take it.
Never say you don't love a person when you still can't let them go.

~master degree~


well,as i'm just successfully finished my 5th semester, I just wondering, where will my future head me.. maybe I'm going to involve in the working field after this or maybe continue studying or maybe, just maybe, getting married.. (just an option ok..not a decision..)


As I continue saying long before I knew it, I would like and will be very-very happy to further my studies overseas..maybe London will be my place of interest..anyway, as the second option, I think I'll go for University Malaya..

I,ve browse for some of the course offered.This is some of the course that caught my interest:

  • FACULTY OF ARTS & SOCIAL SCIENCES
Master of Arts (Civilisational Studies)
Master of Strategic and Defence Studies (MSDS)

  • FACULTY OF ECONOMICS & ADMINISTRATION
Master of Public Administration (MPA)

  • FACULTY OF LANGUAGES & LINGUISTICS
Master of Modern Language Studies

  • ASIA-EUROPE INSTITUTE
International Masters in Regional Integration (IMRI)

  • INTERNATIONAL INSTITUTE OF PUBLIC POLICY & MANAGEMENT (INPUMA)
Master of Public Policy (MPP)

ok,I know its quite a lot..well,over the six option, the most expensive fees is for the Asia-Europe institute which is approximately 40k..(ouch!)for other faculty,overall are 6k and 9k for 2-3 semester of studies..anyway for international institute of public policy n managment,the fees is about 16k..
ok,enough for today..I think I'll do some research first before I choose what really suit me.. ^_^

~kolej~


nak pindah kolej tahun hadapan...
boleh?
=ada mana-mana kolej mau terima?=


korang pernah jumpa tak manusia sebegini?


1)beria dgn ciri-ciri ke Islaman,tapi tergedik-gedik dalam facebook..
2)saya benci maksiat!(bercinta..) tapi lepas tu dialah raja air mata sebab ditinggalkan buah hati pengarang jantung..

ok kawan-kawan,suka utk aku simpulkan apa yang tersirat ye..JANGAN kita menongkah langit, kutuk orang, membenci sesuatu yang tak ada pada diri kita..bukan niat aku nak gelakkan orang-orang macam ni ye,tidak..nanti kena batang hidung aku balik..tapi ye lah,aku suka nak ambil pendekatan Nor Hafsah Omar..salah seorang kawan baik aku..baik orangnya, sopan, alim, bijak, pakai tudung labuh, alhamdulillah, lengkap lah kalau nak dibuat calon..dia tak gedik macam sesetengah perempuan bertudung labuh..bersuap sesama perempuan depan lelaki (sopan ke tu?), cakap dengan lelaki suara macam nak dodoikan anak je..post dekat facebook, MasyaAllah.. kalah ustazah sekolah aku dulu..bukan main alim.. siap tulis -sebarkan.. masalahnya,yg kau beria tulis tu,kau buat ke tak?

yang 'bestnya' pulak,aku ni bercouple,mind you..perangai pun bukan-bukan je..pakaian tak payah cerita lah..tapi sepanjang hidup aku, tak pernah Hafsah kutuk aku..tak pernah dia pandang sinis pada aku..TAK PERNAH...hoish..bukan sikit org yg macam tak percaya aku ni boleh berkawan dgn dia..kawan baik pulak tuh! siap lepak sama-sama.. tapi tulah..takdir Allah,aku jumpa dia dalam celahan intan permata..

lagi 1 kes, sampai tulis di facebook, 'tak nak couple,itu maksiat,bla3...' aku pun pernah tulis macam tu jugak..best kan? kena batang hidung sendiri..tapi tulah..kawan aku, Arfidi, dia pun mengaku, dia dulu anti perempuan.. bila Allah nak uji dia, sekali dia jatuh cinta pandang pertama, terus tersungkur.. Ya Allah..insaf aku dengar..mmg sampai tahap kesian aku tgk si fidi ni..cinta tak berbalas..mestilah sakit kan? tak boleh fokus kerja,hati tak tenang,tiba2 jadi murung..ada jugak kawan aku lagi sorang..dia pun jatuh cinta jugak dgn junior aku dulu.. patah hati bila si perempuan cari lain..see?cantik tak apa yang Allah dah aturkan utk kita? ^_^

jadi kawan-kawan..ingat ye.. 'balasan Allah kalau nak bagi, atas dunia boleh dapat cash..'
jaga mulut kita, jaga penulisan kita, jaga hati kita..(pesanan utk diri sendiri jugak sebenarnya) =)


Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.

Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati…Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..


Kita memohon kebijaksanaan…Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.


Kita memohon kemakmuran…Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.


Kita memohon cinta…Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.


Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.


Begitulah cara Tuhan membimbing Kita…


Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.

.......

ok..sekarang aku betul-betul rasa tertekan lah jugak...
tadi tak pepasal aku dapat job baru..buat buletin pusat sukan..hantar before next week..WTF??
aku nak menolak dah tak sampai hati...dah belanja makan segala..aduhai..sabar je lah..

Assigment aku pulak tak berkesudahan..groupmate aku ada yang tak hantar lagi..waaah...
penat nya aku tunggu..beban menanggung final edit is far more worse than buat kerja berhempas pulas tapi bila dah siap ko lega..

oh tidak...

~pra-examatic syndrome~

Ya Allah,
kawan-kawan semua dah beralih untuk menumpukan perhatian pada buku, dah mula study..
assignment mereka dah lama habis..

aku?
masih dengan proposal,urusan kolej yang masih tertunggak(salah aku juga),thesis yang masih tidak disentuh, study yang masih belum bermula pun lagi..

Ya Allah, bukan niat untuk ku mengeluh..aku yakin dengan takdir..Qada' dan Qadar..
lelah?penat?fikiran kusut?selalu runsing?tertekan
aku yakin akan ada ganjarannya..
mungkin bukan sekarang,tapi kemudian hari..

Amin Yarabbala'lamin... ^_^

~si maru yg menjadi wallpaper laptop buat masa sekarang..suka tgk Maru..kurang sikit tension~

About this blog

what is the hardest things in the world?~when you give up~

~HEARt is like a GLASS.it was made to be BROKEN~

Followers

About Me

My photo
I'm not really complicated and difficult to understand but really, you neither can judge me nor learn baut me from books,blogs or facebook alone.i can be nice, i can be bitchy.really, its part of me. I am not eunuch, thats for sure.(huhu) i'm living my own life, following my own way.i love to learn and that is the way how i improve my self.and last but not least, i'm easily forgive but not forget.well, i think you've got the message~do not mess with me~-

Nuffnang ads