~A place called HEART~

-when REALITY meets FANTASY-


Kadang-kadang perjuangan adalah suatu yang kita perlukan dalam hidup kita.Jika Tuhan membiarkan kita hidup tanpa ranjau dan perjuangan, kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian. Kita mungkin tidak kuat untuk menghadapi rintangan bagi mencapai cita-cita dan harapan yang kita idamkan.

Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh. Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


Kita memohon kekuatan dan keteguhan hati…Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian untuk membuat kita kuat dan cekal..


Kita memohon kebijaksanaan…Dan Tuhan memberi kita berbagai persoalan hidup untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.


Kita memohon kemakmuran…Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga untuk dipergunakan sepenuhnya bagi mencapai kemakmuran.


Kita memohon cinta…Dan Tuhan memberi kita orang-orang bermasalah untuk diselamatkan dan dicintai.


Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…Dan Tuhan memberi kita kesempatan-kesempatan yang silih berganti.


Begitulah cara Tuhan membimbing Kita…


Kadang-kadang Tuhan tidak memberikan apa yang kita minta, tapi dengan pasti Tuhan memberikan yang terbaik untuk kita, kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya, bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan, padahal itulah yang terbaik untuk kita.

~finance~



boleh tak nak bawak nota masa exam FINANCE ahad ni? *sigh*

~haha~


satu pagi yang hening dan sunyi (rajin pulak aku bangun pagi...)
medium:YM

khalid:ayu,apa awak tulis kat wall?

ayu:apa dia?saya lupa

khalid:kenapa mencarot?

ayu:(terus rasa seram sejuk)ha?eh..Allah..awak baca ke?jap2.saya delete..

khalid:tak payah lah ayu..dah lama pun mende tu kat situ..

ayu:(malu tak terkata)...

p/s:kawan serta taulan sekalian,maafkan daku kerana telah berjaya post bahan-bahan yang pelik di facebook..aku janji aku tak buat lagi..(buat masa terdekat ni)ko wat kes lagi,aku akan post yg lagi pelik.mungkin siap buat dedikasi khas utk ko..tahniah kerana berjaya menjadi sahabat aku dgn jayanya...haha.

.......

ok..sekarang aku betul-betul rasa tertekan lah jugak...
tadi tak pepasal aku dapat job baru..buat buletin pusat sukan..hantar before next week..WTF??
aku nak menolak dah tak sampai hati...dah belanja makan segala..aduhai..sabar je lah..

Assigment aku pulak tak berkesudahan..groupmate aku ada yang tak hantar lagi..waaah...
penat nya aku tunggu..beban menanggung final edit is far more worse than buat kerja berhempas pulas tapi bila dah siap ko lega..

oh tidak...

~pra-examatic syndrome~

Ya Allah,
kawan-kawan semua dah beralih untuk menumpukan perhatian pada buku, dah mula study..
assignment mereka dah lama habis..

aku?
masih dengan proposal,urusan kolej yang masih tertunggak(salah aku juga),thesis yang masih tidak disentuh, study yang masih belum bermula pun lagi..

Ya Allah, bukan niat untuk ku mengeluh..aku yakin dengan takdir..Qada' dan Qadar..
lelah?penat?fikiran kusut?selalu runsing?tertekan
aku yakin akan ada ganjarannya..
mungkin bukan sekarang,tapi kemudian hari..

Amin Yarabbala'lamin... ^_^

~si maru yg menjadi wallpaper laptop buat masa sekarang..suka tgk Maru..kurang sikit tension~

~funny2~

'u've strong enough..we are support you from backwards..'

aduih..aku jumpa ayat ni dlm facebook...aku nak tolong gelak,tapi tak baik..hahaha..backwards..mujur tak reverse..
p/s:u are NOT u've a.k.a u have..mind you..the word are also is not needed there..

~bakal mantan~

ha,ni 1 hal lagi masalah jiwa yang selalu aku alami..masalah aku-tak-cukup-masa a.k.a aku-tak-pandai-bahagikan-masa...

Ye2..aku mengaku, Allah bagi masa setiap org equal..aku pun bukannya Perdana Menteri..just Yang Dipertua Kolej je..kolej kecik pulak tu..so,sepatutnya aku mampu untuk manage masa kan2??

ok,dah 2 tahun aku jadi jawatankuasa perwakilan kolej(JPK)..dari menjadi exco biasa,sampai jadi ydp..pada asalnya,aku cuma suka-suki je join jadi jpk ni..aku bukan aktif pun sepanjang hayat ni..tiba-tiba je masa di zaman university,aku bertukar menjadi SUPER DUPER aktif..haish..mak ayah aku pun jadi pelik..tapi 1 hal je yang pasti,aku join JPK ni dulu sebab aku ada masalah jiwa nak lupakan ex aku..(haha..bodohnya rasa..) tapi takpelah.ada sebab nya tu kenapa aku ditakdirkan kecewa..klu tak,mungkin aku tak sampai tahap ni..(alhamdulillah)

anyway,masa part 2, aku jadi jpk tanpa tinggal di bilik jpk..(ofis tak bagi sbb surat perlantikan aku dari hep lambt sampai) so,aku yg pada asalnya telah berjaya kecewa dgn result part 1 serta love life yg mcm mangkuk,cuba fokus study dlm keadaan yg terlampau pressure sampai result aku 'melompat' dari 3.31 ke 3.81..(alhamdulillah) tapi yg pasti,aku mmg tak layak nak merebut anugerah naib canselor (ANC) sejak part 1 lagi..(redha)

part 3,uish..mula terasa bahang..aku berebut antara 10 assignment (hampir setiap subjek ada project) serta bertarung hidup utk menjayakan event aku (setiap jpk wajib at least sekali jd pengarah,so aku 1st time jadi pengarah program).malangnya, sehari sblum program,program aku dibatalkan atas alasan wabak H1N1..aduhai..kecewa..tp sebulan lepas tu aku gantikan dgn program indoor games yg ala2 suam kuku..utk final,mmg aku asyik digasak oleh roomate ku,hazirah supaya study..akhirnya,dpt lah jugak 3.6..(ramai lagi yg lagi tinggi dr aku)

part 4..zaman aku mula busy..era aku bergelar YDP..tolonglah..tak sanggup rasa nak tempuh balik..mcm yg aku dah cerita sblum ni,mmg seksa..group aku (ada ahli yg tak berapa memahami)..siap tanya aku 'mcm mana ko boleh jd YDP ea?ko bukan bagus sgt pun..'..sakit je dengar..tapi demi amanah,aku teruskan juga (mujur tak meninggal)..

Part 4 juga ialah di mana zaman aku terpaksa melawan arus mental dan fizikal aku yang dah terlampau exhausted utk study waktu final (aku cuba nak explain pd kwn2,tp ye lah.aku yg lebih memahami..)..mcm segala tenaga aku dah habis diperah-perah..aku psycho diri aku balik..aku malu nak mengaku kalah sebelum berjuang..aku malu andainya aku tak layak naik pentas lagi untuk ambil sijil anugerah Dekan..dan aku tak mampu nak tengok muka mak ayah aku andainya mereka kecewa dgn result aku..so,dgn result cukup2 makan 3.6, aku dpat respond neutral daripada mak aku..(at least motor aku tak kena tarik..)

part 5..ha,zaman aku nak makin dewasa..belajar utk menjadi makin penyabar..zaman aku nak mula matang..(ye lah,dah 21 tahun) zaman aku cuba utk belajar supaya lebih banyak berkorban dari menerima..zaman aku utk melatih adik-adik bakal pewaris empayar anggerik..zaman aku nak belajar erti 'menerima hakikat' serta erti 'sahabat'.banyak kerja aku dipangku oleh org lain..ada yg memahami,diorang akan tolong..aku doakan,kamu semua bahagia dunia akhirat..Amin..

sepanjang aku di uitm ni, banyak resolusi serta evolusi yg aku cuba buat..aku berazam nak naikkan nama anggerik yg memang sejak azali kelam ni..aku berhempas pulas cuba mengubah persepsi orang pada anggerik..air mata aku jarang kering..bukan lemah,aku manusia..tak lari dari cubaan..termasuk kena maki hamun dgn ofis(perkara biasa) classmate bermasam muka sbb aku tak bg komitmen sepenuhnya utk assignment (ko baling tahi,aku hantar bunga..biar Allah balas ye syg..) aku bermasalah dgn ketua PPP aku,(mybe bnyk masalah salah faham..ye la,aku ni jarang jumpa dia..)

termasuk part 5 ni, walaupun group green revolution aku menang tender utk studio 2, aku tak rasa bangga sgt.sebab aku tau,aku terpaksa membahagikan masa antara meeting serta study..aku jarang ada..aku cuba yg terbaik..walaupun CEO aku-ridzwan bg aku markah rendah utk studio, aku redha..aku disindir JPK2 kerana kadang-kadang aku jarang ada di kolej sebab sibuk meeting diluar bersama YDP2 lain,aku redha..(mungkin diorang tak tau sebenarnya aku selalu tunjuk muka di meeting GYDP sbb tak mau pengetua2 pandng serong pada anggerik sbb tak ada wakil)..aku ditolak2 dgn sindiran pedas dan tajam umat2 akhir zaman yg tak mengerti dgn kerjaya aku..aku redha..aku cuba jaga semua yg aku mampu..tapi ye lah,aku MANUSIA..tak perfect pun..

kadang2,aku cemburu dgn semua kwan2 aku..diorang mampu nak fokus pada study semata-mata..tapi aku yakin..kenapa Allah pilih aku utk diuji,bukan org lain?sbb Allah nak bg balasan yg lain..kemudian hari..aku yakin,aku kerja serta usaha selama ni adalah untuk 790+ pelajar anggerik yg lain..

Ya Allah,aku tak minta banyak..cukup sekadar Kau berkati usaha aku selama ni..andai aku culas dalam kerja,jgn lah kau hukum aku Ya Allah..jgn kau campak aku dalam neraka-MU..aku tak mampu nak undurkan masa untuk betulkan kesilapan aku..aku tak doakan yang buruk untuk kawan-kawan aku Ya Allah..aku doakan mereka sedar.itu sahaja..


Ya Allah..dah study week rupanya..tak sedar pulak aku..
setelah berjaya menghabiskan kelas finance yang masih bersisa pagi tadi(selama aku hidup di UiTM,ni lah first time aku ada kelas hari sabtu), kini aku terpaksa berbahagi 'kasih' antara assignment2 ku yang masih ada.. *mind you, last submit 26 october..after that baru aku free*

meh tgk jadual assignment..

  1. QSM 610 - 26 october
  2. PMT 613 - 18 october
  3. PMT 611 - tarikh tak dpt dikenal pasti..

ha,best betul jadual aku..yup, OPKIM tu 1 hal lagi tak settle..senang kata,aku cuma akan terlepas bebanan tugas after cuti..eh?!bukan,silap2..aku free mulai january (kot) sebab masa cuti, aku buat Skim Khidmat Pelajar..haha..apekah daku ini?superwoman kah?haish..bukan2..aku manusia biasa yg cuba nak jadi 'bagus' mengikut definisi aku yg tersendiri..

tapi kan,lepas belek2 balik jadual aku,alorh..padat lagi jadual semester 4 aku..semester 5 ni at least aku tak tido sampai pagi baru berapa kali..tak sampai 10 kali rasanya..cuma aku tak ada jadual tido yg chantek..tu je.aku tido anggaran 3-4 pagi..teringat masa part 4..pergh..tak tido banyak kali..tak terkira..waktu tu,vending machine blok D FSPU peneman setia aku..hampir setiap malam aku akan menekan button 'coffee plus creamer plus sugar'..hahaha..bayangkan lah,masa part 4,tersengguk dalam kelas,tu tabiat biasa,tension dgn kolej + group,hal kedua, nak makan pun kadang-kadang aku bergantung nyawa dgn vending machine blok D (tak pepasal supplier tu kaya sbb aku)..siap kalau aku pegang barang even waktu berjalan pun boleh terlepas dari genggaman..hebat sungguh penangan studio 1..hasilnya?result aku dapat A-..(layan je lah..at least aku dpt juga A..)

sekarang ni,tabiat buruk aku cuma ber-facebook tanpa henti serta ber-ym hingga pagi..ye lah,semenjak ada 'komitmen' baru ni kan..nak guna handphone semata2, mau bankrupt aku..ye lah,celcom ke maxis..(aku mintak tukar celcom,si dia yg tak mau..*sigh*) ^_^

~adik ku 'bijak'~

amir:kak,format speaking MUET macam mana ye?ala-ala mesyuarat ke,forum ke, or choral speaking?


ayu:(karang aku tipu jawab choral speaking kang pengsan lak dia dengar) bila test?

amir:lagi 1 jam.

ayu:pandainya adik ku ini..kenapa tak tanya esok je?(sambil rasa nak lempang dia laju-laju)

-...-

kalau ada orang kata : ko tak bagus sangat jadi presenter...


terima aje lah...


memang ko tak pandai pun...

~prank~

4 p.m- bersungguh-sungguh menjawab exam final French..(walaupun sebenarnya aku tak faham apa-apa sebab tak study)..dengan penuh angkuh serta berlagaknya, aku pun keluar dewan exam AWAL dgn penuh yakin bahawasanya semua soalan telah aku jwb tanpa mengira betul atau tidak..(ni lah seumur hidup semua jawapan final exam French aku penuh)


6.00 p.m:tuut..tuut..

Ayu:yup?
K:awak dah sampai Kfc ke?
Ayu:still kat bilik..hahah
K:sama lah kita..hehe
Ayu:*bam!!tembak diri sendiri..mujur ko yang belanje*

6.30 p.m:turun moto..

Ayu:kak,aku nak balik..
Akma:ah ko!!Syuh2..selamat berjuang..haha.nak balik nanti msg ye..

7.30 p.m:dalam KFC

Ayu: (msg)kak,jom balik
Akma:(msg)aku ade jauh ni..tak sempat..ko balik jalan kaki la..

K:saya teman awak balik JALAN KAKI ye.. *senyum kambing*
Ayu:Ok..ala,kawan saya ada hal la kot..dia bukan selalu mcm ni..dia baik..*masih +ve*
K:takpe..saya kan ada...
Ayu:sengih2.*dalam hati:tapi awak bukan motor saya..-sigh-*

10.45 p.m:DEWAN GRAHA yg sejuk

Akma:(msg)kak,habis meeting,tunggu aku ye..ada benda nak cakap..
Ayu:OK..

dlm fikiran Ayu, cuma ada beberapa motif akma ingin berjumpa..

a)akma lupa isi minyak baby a.k.a moto
b)akma ada masalah hati dan perasaan yg kronik
c)moto aku pancit

11.30 p.m:aras 1 blok AB1

Akma:huish..ramai lagi org ni..tak habis lagi mesyuarat?
Ayu:dah tu,tak kan nak halau pulak..adoih..

11.59 p.m:luar dewan

Akma:kak,err,moto ko hilang..*sambil fiqah,talha serta ain beria mengangguk tanda setuju*
Ayu:*gelak*yeke?takpe lah..JPA ko rm5000 kan?moto aku rm3600 jek..boleh punya bayar..
Akma:lah..aku serious ni..
Ayu:*Option*

a)marah akma (nanti dah tak ada kawan aku)
b)pura-pura pekak (takut kena smackdown dgn akma)
c)buat muka sedih (akma confirm nangis)
d)senyum sambil buat-buat gila..

Ayu:hehehe..xpe lah kak..esok kita report polis ye..ko msg wan kita pinjam moto dia..(dalam hati:APE AKU NAK JWB DGN MAK AKU NGOK!!SAPE SURUH TAK KUNCI HANDLE, *&@^%$#*&^@)

babak akhir: Semua kecewa sebab Ayu tak nanges pun moto hilang..(masalahnya klu aku nangis,akma tu meraung lagi kuat dari aku..runtuh bumbung anggerik ni nanti tau?!) Ayu berjaya mekapkan muka akma dengan krim kek, masih dendam dgn talha(rasa nak conteng arang ke muka dia) berjaya buat ain tersepit masa makan kek, tersengih bersama afiqah sambil kunyah twister KFC serta dengan jayanya telah dimarahi oleh Cik Zu (ampun) sbb buat bising malam2 buta..

mereka semua telah berjaya memilih idea yg paling 'bijak' ini utk dijadikan prank..antara option prank yg telah dibincangkan dengan jayanya pada 6 oct 2010 jam 2 pagi ialah:

i)culik ayu sambil mintak wang tebusan disamping mlarikan diri menggunakan baby ayu (bapak aku polis ye adik2..)
ii)curik kunci moto ayu (ade pulak korang kunci bilik aku kan?)
iii)panggilan hangit (korang ingat aku tak kenal suara korang)

hahahaha

p/s:kalau nak prank aku,jangan guna org yg aku syg..confirm susah aku nak marah..mungkin kalau junaidi or maybe abg akma-hadi atau mungkin amin-abg afiqah yg buat camtu,dah lama masuk dalam tong sampah utama anggerik.. ^_^

TQ for the cake,TQ for the cream, TQ for the memories, TQ for everything... ^_^



Even though I need to face my very precious birthday with an endless work, undivided time, countless more task to finish, 2 meeting to attend at the same time, lack of sleep and eyes equipped with eye bag, i am glad enough to accept all of this..I don't think I will regret or going somber over my French test (mind you,I didn't study anything though!)

I will embrace my very own day with a big heart and I will try to plaster an inspiring and joyful smile through out the day...

Syukur alhamdulillah ^_^

its ME today surrounded by chaos..*hahaha*


6 oktober 2010... i'm reaching 21 years old in the calendar..owh..i'm getting older..anyway, God blessed me.. I have what I want .: a happy family, countless of friends and most important thing, i'm surrounded by many people who cared a lot about me..

TQVM to AKMA, HAFSAH, AFIQAH, AIN, ACHIK and also KHALID...

p/s:special thanks to khalid for being the first person to wish..you are one of the most important person in my life at the age of 21..tq.. :)

I hoped nothing more other than never ending blessing from Allah s.w.t, a good life with my family, a heart that always know how to have fun, a life that is never old in term of living it to the fullest and continuously being surrounded by the people which I have right now...
Alhamdulillah...

~to be remembered~

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'


Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because


Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:


'Pass on knowledge from me even if it is only one verse'.


'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.'


About this blog

what is the hardest things in the world?~when you give up~

~HEARt is like a GLASS.it was made to be BROKEN~

Followers

About Me

My photo
I'm not really complicated and difficult to understand but really, you neither can judge me nor learn baut me from books,blogs or facebook alone.i can be nice, i can be bitchy.really, its part of me. I am not eunuch, thats for sure.(huhu) i'm living my own life, following my own way.i love to learn and that is the way how i improve my self.and last but not least, i'm easily forgive but not forget.well, i think you've got the message~do not mess with me~-

Nuffnang ads