ha,ni 1 hal lagi masalah jiwa yang selalu aku alami..masalah aku-tak-cukup-masa a.k.a aku-tak-pandai-bahagikan-masa...
Ye2..aku mengaku, Allah bagi masa setiap org equal..aku pun bukannya Perdana Menteri..just Yang Dipertua Kolej je..kolej kecik pulak tu..so,sepatutnya aku mampu untuk manage masa kan2??
ok,dah 2 tahun aku jadi jawatankuasa perwakilan kolej(JPK)..dari menjadi exco biasa,sampai jadi ydp..pada asalnya,aku cuma suka-suki je join jadi jpk ni..aku bukan aktif pun sepanjang hayat ni..tiba-tiba je masa di zaman university,aku bertukar menjadi SUPER DUPER aktif..haish..mak ayah aku pun jadi pelik..tapi 1 hal je yang pasti,aku join JPK ni dulu sebab aku ada masalah jiwa nak lupakan ex aku..(haha..bodohnya rasa..) tapi takpelah.ada sebab nya tu kenapa aku ditakdirkan kecewa..klu tak,mungkin aku tak sampai tahap ni..(alhamdulillah)
anyway,masa part 2, aku jadi jpk tanpa tinggal di bilik jpk..(ofis tak bagi sbb surat perlantikan aku dari hep lambt sampai) so,aku yg pada asalnya telah berjaya kecewa dgn result part 1 serta love life yg mcm mangkuk,cuba fokus study dlm keadaan yg terlampau pressure sampai result aku 'melompat' dari 3.31 ke 3.81..(alhamdulillah) tapi yg pasti,aku mmg tak layak nak merebut anugerah naib canselor (ANC) sejak part 1 lagi..(redha)
part 3,uish..mula terasa bahang..aku berebut antara 10 assignment (hampir setiap subjek ada project) serta bertarung hidup utk menjayakan event aku (setiap jpk wajib at least sekali jd pengarah,so aku 1st time jadi pengarah program).malangnya, sehari sblum program,program aku dibatalkan atas alasan wabak H1N1..aduhai..kecewa..tp sebulan lepas tu aku gantikan dgn program indoor games yg ala2 suam kuku..utk final,mmg aku asyik digasak oleh roomate ku,hazirah supaya study..akhirnya,dpt lah jugak 3.6..(ramai lagi yg lagi tinggi dr aku)
part 4..zaman aku mula busy..era aku bergelar YDP..tolonglah..tak sanggup rasa nak tempuh balik..mcm yg aku dah cerita sblum ni,mmg seksa..group aku (ada ahli yg tak berapa memahami)..siap tanya aku 'mcm mana ko boleh jd YDP ea?ko bukan bagus sgt pun..'..sakit je dengar..tapi demi amanah,aku teruskan juga (mujur tak meninggal)..
Part 4 juga ialah di mana zaman aku terpaksa melawan arus mental dan fizikal aku yang dah terlampau exhausted utk study waktu final (aku cuba nak explain pd kwn2,tp ye lah.aku yg lebih memahami..)..mcm segala tenaga aku dah habis diperah-perah..aku psycho diri aku balik..aku malu nak mengaku kalah sebelum berjuang..aku malu andainya aku tak layak naik pentas lagi untuk ambil sijil anugerah Dekan..dan aku tak mampu nak tengok muka mak ayah aku andainya mereka kecewa dgn result aku..so,dgn result cukup2 makan 3.6, aku dpat respond neutral daripada mak aku..(at least motor aku tak kena tarik..)
part 5..ha,zaman aku nak makin dewasa..belajar utk menjadi makin penyabar..zaman aku nak mula matang..(ye lah,dah 21 tahun) zaman aku cuba utk belajar supaya lebih banyak berkorban dari menerima..zaman aku utk melatih adik-adik bakal pewaris empayar anggerik..zaman aku nak belajar erti 'menerima hakikat' serta erti 'sahabat'.banyak kerja aku dipangku oleh org lain..ada yg memahami,diorang akan tolong..aku doakan,kamu semua bahagia dunia akhirat..Amin..
sepanjang aku di uitm ni, banyak resolusi serta evolusi yg aku cuba buat..aku berazam nak naikkan nama anggerik yg memang sejak azali kelam ni..aku berhempas pulas cuba mengubah persepsi orang pada anggerik..air mata aku jarang kering..bukan lemah,aku manusia..tak lari dari cubaan..termasuk kena maki hamun dgn ofis(perkara biasa) classmate bermasam muka sbb aku tak bg komitmen sepenuhnya utk assignment (ko baling tahi,aku hantar bunga..biar Allah balas ye syg..) aku bermasalah dgn ketua PPP aku,(mybe bnyk masalah salah faham..ye la,aku ni jarang jumpa dia..)
termasuk part 5 ni, walaupun group green revolution aku menang tender utk studio 2, aku tak rasa bangga sgt.sebab aku tau,aku terpaksa membahagikan masa antara meeting serta study..aku jarang ada..aku cuba yg terbaik..walaupun CEO aku-ridzwan bg aku markah rendah utk studio, aku redha..aku disindir JPK2 kerana kadang-kadang aku jarang ada di kolej sebab sibuk meeting diluar bersama YDP2 lain,aku redha..(mungkin diorang tak tau sebenarnya aku selalu tunjuk muka di meeting GYDP sbb tak mau pengetua2 pandng serong pada anggerik sbb tak ada wakil)..aku ditolak2 dgn sindiran pedas dan tajam umat2 akhir zaman yg tak mengerti dgn kerjaya aku..aku redha..aku cuba jaga semua yg aku mampu..tapi ye lah,aku MANUSIA..tak perfect pun..
kadang2,aku cemburu dgn semua kwan2 aku..diorang mampu nak fokus pada study semata-mata..tapi aku yakin..kenapa Allah pilih aku utk diuji,bukan org lain?sbb Allah nak bg balasan yg lain..kemudian hari..aku yakin,aku kerja serta usaha selama ni adalah untuk 790+ pelajar anggerik yg lain..
Ya Allah,aku tak minta banyak..cukup sekadar Kau berkati usaha aku selama ni..andai aku culas dalam kerja,jgn lah kau hukum aku Ya Allah..jgn kau campak aku dalam neraka-MU..aku tak mampu nak undurkan masa untuk betulkan kesilapan aku..aku tak doakan yang buruk untuk kawan-kawan aku Ya Allah..aku doakan mereka sedar.itu sahaja..
Ring Ring Ringgit
9 years ago
2 comments:
saba la ayu..semua pergorbanan yg awk lakukan akn dibls jugk..yg ptg awk kena ikhlas dan saba dlm menempuh semua dugaan yg Allh beri.. itu untuk tunjuk yg iman awk sukar digugat biar pon ade yg dtg menghalang!!
fazlina samsudin ^-^
faz...
tqvm.. ^_^
insyaAllah..
doakan yg terbaik ye..
Post a Comment