Salam 1 Malaysia, Salam 1 UiTM, Salam 1 PAMS (eceh)

Ok, berdasarkan report yang telah dibuat oleh setiausaha OPKIM, Cik Aie, (Dunia yang sekejap) korang semua mesti dah dapat beberapa overview tentang lawatan awal OPKIM ke kampong hilir Kedah kan? Sekarang, ni overview dari pihak aku, selaku pengarah OPKIM 2011 pulak (ehem)


Sekarang ni, meh aku nak habaq mai, ceghita dari mula lawatan opkim..(Gambar rujukan boleh didapatkan dari link Cik Aie di atas)


Jam 8.30 malam (28 January 2010)..Kereta yang telah di ‘book’ rosak!! Setelah diberikan option oleh Encik Gaban untuk memilih salah satu kereta yang diparking di FSPU dengan sesuka hati, akhirnya pengganti kereta telah dapat dicari (bukan curi kat FSPU ye). Jam 10.40 malam, setelah aku berjaya dimarah oleh roommate ku termasuk cik S/U kerana masih belum memakai baju serta solat, jam 11.15 malam, kami turun ke bus stop FSPU. Jam 1 pagi, baru kami semua bertolak ke stesen minyak shah alam seksyen 7 utk mengisi minyak. Dengan bantuan Bun, kereta bernumber plat MAU telah berjaya ditolak beramai-ramai (termasuk encik Gaban yg cuba utk menolak kereta dengan menggunakan punggung beliau)


Kami berenti makan di RnR dan dengan tabahnya,mengalas perut dengan makanan pilihan masing-masing. Dengan kelajuan 130-140 km/j kereta mivi putih yang dipandu encik Idan seringkali telah meninggalkan kereta2 wira yang lain (tahniah encik pemandu). Perjalanan yang di isi dengan kerenah bun yang telah mengingau pada jam 5 pagi, akhirnya kami sampai di Kedah pada jam 6.30 pagi. Cabaran mencari masjid/surau terdekat pun bermula.. setelah berpusing agak 3-4 kali, masjid daerah pun dijumpai. Usai solat, usaha mencari rumah pak teh, JKKK kampong diteruskan. Sepanjang perjalanan yang agak sesat lagi menyesatkan, sedar aje aku rupanya dah berjaya tertidur tanpa sedar. Bangun aje, nampak ratifah tengah meratah roti canai dengan enaknya (lapar dowh!)..


Dengan keadaan yang masih mamai, kami masuk dan bersidai di ruang tamu rumah pak teh. Akibat keadaan aku yang masih belum dapat mengenal pasti keadaan, aku cuma mampu tersengih sepanjang awal perbincangan. Sehingga ratifah menegur aku untuk bertanyakan soalan serta disogok oleh cik S/U dengan gambar belia yang hensem (ehem), aku pun memulakan soal siasat ke atas kampong hilir.


Jam 11 pagi, kami memulakan tour kampong dengan di-guide oleh pak teh. Setelah membuat beberapa gambaran kasar untuk pengisian OPKIM pada bulan 3 nanti, aku pun terus memujuk pak teh untuk melawat sekolah menengah berdekatan (untuk program motivasi pelajar)


Setelah melantak dengan penuh perasaan, tiba masa untuk kami bergerak pulang ke Shah Alam. Ratifah telah ‘ditinggalkan’ di Kedah. Cadangan untuk keTaiping telah diselang seli kan dengan kerosakan kereta plat MAU (cis.patutlah sewa kau murah.asyik rosak aje kejenya.) Juga terdapat kes tiket tol PLUS terbang dan telah mengakibatkan kami di denda sebanyak RM 79.50 berbanding tol sebenar, RM 8.90 (mujur duit ade yob!)


Karipap telur yang dibeli di simpang masuk ke rumah Bun telah dimakan dengan lahapnya oleh Cik Piqa (rujuk gambar), Cik S/U, Cik Akma, Cik Ima, Encik Pakya bersama anak buah bun yang montel, Cik Hani. Beliau yang kerap ‘test vocal’ apabila aku lambat suap karipap telur kenyang juga akhirnya setelah pak Andaknya, encik Bun bawak kek mentega.


Waktu balik, kami yang agak teragak-agak untuk memsuki UiTM, (3.30 pagi yob!) akhirnya telah meloloskan diri di iringi dengan senyuman pak guard yg sporting. Kereta MAU yang paling akhir sampai telah ‘memaksa’ aku untuk ‘turun padang’ berbaju tidur dan dengan yakinnya menyambut kepulangan roommate tersayang, Cik Akma dan Cik Piqa.


Fasa 1 telah selesai..Alhamdulillah..esoknya, aku yang overdose tido dikejutkan oleh Cik S/U dan dengan kepala yg masih senget, cuba untuk meyakinkan Dr. Noriah untuk meluluskan paperwork..namun akhirnya diminta untuk memberikan proposal yg baru, dengan pengisian yg lebih meyakinkan..(adekah ini balasan akibat aku kerap tidur dlm kelas turf grass??)


Naik cuti, nasib paperwork akan ditentukan oleh Dr.Noriah and the geng..aku doakan yg terbaik..TQVM diucapkan utk semua kwn2 yg membantu untuk menjayakan fasa 1 OPKIM..anda antara yg terbaik.love u guys.. =)