kisah mengenai seseorang...

DIA merupakan seorang yang kuat pegangan agamanya

DIA merupakan seorang yang petah berkata-kata
DIA merupakan seorang sahabat yang setia
DIA merupakan seorang yang mampu mengawal suasana

DIA adalah salah seorang yang paling aku hormat apabila melibatkan batas-batas pergaulan antara ADAM dan HAWA

DIA juga telah membuatkan aku hampir keliru antara perasaan kasih dan sayang pada sahabat atau lebih dari itu...


namun satu hari
aku dimaklumkan bahawa DIA telah dipunyai dan mempunyai 'seseorang'
DIA juga telah mengakuinya

terasa seperti ditampar;aku hampir menjadi marah
lelaki inilah yang telah mengajar kan aku tentang 'CINTA' dalam Islam.
CINTA yang hakiki.

CINTA yang sebenar.
tetapi mengapa engkau yang berkata-kata,tapi engkau juga yang memungkiri?
mengapa duniawi yang dikau pandang wahai sahabat?
kau telah serta-merta 'membunu
h' kepercayaanku serta pandangan positif ku padamu..

mengapa berbicara jika engkau tak mampu untuk memenuhi?
mengapa agama yang kau pegang,tapi akhirnya duniawi yang kau tuju?


duhai sahabat,aku tidak pernah menyalahkan kau untuk jatuh CINTA

tetapi kata-kata mu,sungguh,jauh terpesong dari apa yang kamu lakukan
sungguh,hati ini hampir membenci,maaf,jalan terbaik untuk kita cuma untuk tidak berhubung lagi

aku tidak memutuskan ikatan persahabatan ini kerana telah kita ikat ia dengan hati

setiap manusia juga melakukan kesalahan termasuk diri ku sendiri
maaf sekali lagi atas segalanya
aku doakan yang terbaik buat kamu...


~wahai LELAKI sekalian,aku bukan mencari yang SEMPURNA.~